Tuesday, 10 January 2012

Zaman Sekolah Berlalu

Assalamualaikum ya sodiqi!
maknanya Selamat sejahtera wahai kawan2 ku...
Kaifa Halukum? siapa pandai jawab la! hahaha..k, tak lawak.

buddies forever!
*sob...sob..sob* dah lama blog ni tak terupdate, dibiarkan malah sengsara. Oh~ tak ada siapa yang peduli makan minum, pakai cik blog ni. Almaklumlah.. ZAMAN SEKOLAH DAH BERLALU
Kami kini dah berusia 18 tahun! ya! tak dapat disangkal lagi ye anak2... kalau time2 macam ni jam 8:25 am kitaorang sedang fokus sambil mata pandang dekat luar. Jakun tengok orang, tengok kucing. Bila cikgu tegur, zuuup! cepat je kepala pandang depan balik. Konon2 nak cover..
Kalau tima tak ada cikgu, sorang jadi tekong gosip. Mula2 dua orang jadi pengikut, last2 semua pakat tarik kerusi jadi ahli jemaah mesyuarat tingkap pulak.
"Leka, Syiqah lepas ni nak copy korang punya!". "Tasya, lepas ko sape? Aku nak pinjam nota chemist ko". "Korang2! korang dah siap ke karangan? Tak payah la hantar lagi, aku tertinggal kat rumah la".
Hahahaha! bila diingat balik dialog2 macam ni, rasa lawak sangat. Macam budak2! Rindu betul suasana macam ni. Dekat U nak jumpa macam ni? Oh tidak...tidak.... jauh beza kot.
Muncul je hari cuti sekolah semua pakat2 buat muka duck face. Sebab? Semarak Jaya menanti!! Homework setebal kamus dewan mesti siap bila bukak je sekolah balik. Huh! benci! benci!
Masa ni, kami mula cari mangsa yang terdekat. Satu batch pakat contact kawan2. "Ainun, ko dah siap arab? pinjam". "Ecah, copy Bm ko. Nanti aku bagi balik". "Fiqah, aku datang umah ko petang ni. Nak copy Bi".
hah! macam tu la pe'el kami! pasal copy mengopi ni bagi je kat kitaorang. Kompom setel!
Bila hari bukak sekolah, masing2 jalan laju je ke dewan. Masuk dewan, kumpul satu geng, ambik Semarak Jaya dan... COPY! yeaayyhh! tangan macam bullet train. Lepas satu siap, pass dekat kawan lain, tarik mana2 yang dah siap, copy lagi. Huish..dasat2! nakal betul kan?
Bila pangkat pun dah senior, selisih dengan budak junior semua bagi laluan. nyiahahaha *evil laugh* Jangan cuba2 buat hal eh budak! Kitaorang lagi senior. 
Semua benda kitaorang nak conquer. Tak bagi chance langsung dekat junior2 kemetot. "Biar je...ni tahun last kita".
Macam2 lagi ragam yang kitaorang buat sampai nak haru-biru sekolah tu. Cakap je nama 5 Alfa semua cikgu kenal kitaorang. Kitaorang la konco2 yang memecahkan rekod dan tradisi 5 Alfa yang dianggap selama ni budak nerd, skema 24 jam, senyap, istiqamah, rajin, jalan ayu, jujur. Hakikatnya......Ish..ish..ish.. Tuhan je yang tau! Btw, walaupun kitaorang paling nakal di abad ni tapi result kitaorang masih di ranking teratas dalam tingkatan. Chill la! Darah muda..
 Tapi itu semua dah berlalu. Cuma yang ada...hanya tinggal kenangan yang tak akan pernah lupa dari ingatan. Insyaallah. Semoga calon-calon SPM SMK Jengka Pusat tahun 2011 peroleh keputusan yang cemerlang dan dapat menjayakan visi sekolah "SMKJP NO.1 DI MARAN TAHUN 2012". Amiiinnnnn!

apa perancangan korang lepas ni?

3 comments:

  1. Ya ALLAH. Rindu nya dekat 5 Alpha 2011.haish.. Ternyata kita nih agak nakal.hee..

    ReplyDelete
  2. okey, ternetes jugak air mata aku yg mahal nih.. sapa punye keje yg tulis post nih??! mmg bijak! rindu saat indah kita bersama.. wuuuu... nt reunion kte pakai baju skolah nak? haha....

    ReplyDelete
  3. aku rsa aini lah yang tulis blog ni.tengok ayt dh tahu.hoo..

    ReplyDelete